-->

Jaga Diri Jaga Iman

Monday, 10 December 2012

~Terima Kasih Ku Ucapkan~

Wahai hati.....
Mengapa engaku menangis..
Bukankah selama ini kau kuat..
Mana pergi kekuatan hati yang dulu...
Hati yang selalu setia..
Hati yang selalu mengatakan benda baik-baik..
Hati yang selalu berdoa tanpa henti..
Semuanya demi nak menjaga hubungan itu.

Doa yang selalu ku panjatkan kepada yang Maha Esa..
Demi memantapkan kekuatan hati& Imanku selama ini..
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Lagi Penyayang..
Cintakan DIA lebih bermanfaat dari menyintai yang lain.
Rasulullah S.A.W Sebagai IDOLAku..
Sifat Baginda yang Tinggi Kesabarannya,
Penyayang,dihormati dan menjadi Tauladan kepada Umat2nya..

Allah mengurniakan perasaan Kasih,Sayang & Cinta..
Anugerah yang tak terhingga..
Yang tak dapat ku Nafikan & ku sangkal lagi..
Ku Curahkannya sedikit padamu..
Namun, dirimu tak pernah menghargainya walau sedikit..
Mengapa?
Di manakah silapku?
Diriku selalu mempercayaimu..
Diriku masih mampu tersenyum di saat ini terjadi..
Kerana diriku percaya,Allah sentiasa ada untuku di setiap masa..

Hatiku menyayangimu..
Tidak boleh diduga bila ia akan berakhir..
Namun, ciri-ciri itu sudah kelihatan..
Selama ini, doaku...
"Ya Allah,Kau LindungiLah dia..Jauhkan dia dari sebarang kejahatan& kecelakaan..
 Kau bimbingLah dia ke jalanMU yang Benar..Jauhkan dia dari bisikkan Syaitan..
 Seandainya dia JODOHku, Kau dekatkanLah Hatinya dengan Hatiku..Seandainya dia
 bukan JODOHku, Kau jauhkan dia hidupku..agar aku bolah lupakan segala kenangan yang tercipta di antara kami..Aku mohon, KAU Limpahkan Kebahagiaan padanya.."

Ya Akhi...
Diriku ingin mengucapkan Terima Kasih atas segalanya..
Terima kasih sebab pernah menyayangi..
Diri ini memohon maaf andai banyak kesilapan yang diriku telah lakukan padamu..akhi..
Salam terakhir,Salah sayang dariku..
Akhil Islam.


 

Nukilan,
Lutfiatul Iman

Posted by Unknown at 02:03 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 20 November 2012

Education Night 2012~~Sem 6

As'salam...Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan Limpah & KurniaNYA dapat Kita bersama & bersua lagi di Blog yang serba kekurangan ini...saya berharap agar anda di sana sihat & ceria selalu...hari ni syidah nak kongsikan tentang aktiviti yang agak Voge juga la yang syidah hadiri pada tahun 2012 ni..hehe..*nampak sangat tak aktif....*..Presc adalah sebuah persatuan bagi mereka yang mengambil kos Pendidikan (Prasekolah)..setiap sem mereka akan menganjurkan aktiviti yang disebut "Education Night"..majlis ni sesiapa pun boleh ikut..yang penting bayar tiket k...ahhah..mereka yang berkenaan juga akan memilih tema untuk majlis ni..sebelum2 ni sudah ada pelbagai tema yang berkaitan dengan kanak-kanak..so, pada kali ini kami meraikan Batch 11 (kohort 11)..kami Batch 12 (Kohort 12)..selain tu ramai la juga junior2,pensyarah2 yang hadir untuk merasmi & meraikan majlis tersebut. Tema pada kali ini pula adalah "Alam Fantasi Kanak-Kanak"..wahh!! macam bestkan??ada yang jadi Snow White, Pari2 jahat, Ahli sihir, Princes, Cinderella & macam2 la...seronok tengok diorang dengan pelbagai jenis ragam & pakaian. syidag pula dengan kawan2 just pakai baju kurung,jubah moden je la..xde pulus nak beli2 pakaian tu semua.huhu..apa yang penting ikhlas meraikan...bila lagi nak bersama rakan2...time ni je la peluang yang ada..habis belajar ni, masing2 dan pilih hidup sendiri..dah xde semua ni...baiklah,malas nak cakap banyak sangat.syidah akan tunjukkan gambar2 kami semasa Edu.Night...salam bahagia semua!!! Love u All~~

**Ketika berada dalam dewan...*      
 
  * "Snow White" ada bersama Syidah!
** Ratu Mesir dari PSSCM! nama beliau Yana!a
 **Oppss!ni Pari2 jantan yang sporting! 

Dikesempatan ini, syidah juga ada bergamabar dengan seorang ggadis yang syidah anggap beliau seorang kakak selama ni..ini mungkin gamabar kenangan yang terakhir antara kami..semoga sillaturrahim kami Allah kekalkan hingga akhir hayat,,amin... beliau adalah Aznaidawati Daut..
 
    **Kami**  
                                                **huhu, sorry wati,tiba2 tinggi malam ni*haha

##Hanya ini kenangan yang mampu dicipta sepanjang kami kenal di Unisel ni...susah sengan,sakit perit kami sama2 lalui..berkongsi cerita & masalah..syidah x tahu pula sampai bila dia kasihkan syidah sebagai seorang sahabatnya? kerana beliau akan ke Jinjang Pelamin...InsyaAllah..sy doakan kebahagiaanmu...sy terima andai kau alpha persahabatan ini..Terima Kasih segalanya..




Posted by Unknown at 22:14 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 16 September 2012

~~~Sahabat Sejati,Setia Selamanya~~~

As'salam...hari ni syidah akan bercerita tentang sahabat..semua orang ada sahabat.Sahabat tu penting dalam hidup kita kerana apabila kita ingin meluahkan sesuatu yang terbuku di hati sama ada suatu yang gembira atau sedih, pasti kita akan memerlukan seseorang sebagai pendengar yang setia..hehe..(mcm syidah la tu...). Tapi jangan kita silap sewaktu memilih seseorang itu menjadi sahabat. pastikan dia seorang yang jujur, amanah, setia dan yang paling penting siap menerima diri kita seadanya. yelah,kadang2 tu ada orang yang hanya mahu berkawan dengan kita kerana kedudukan dan kesenangan. itu bukan tidak boleh jadi sahabat. 

~~Syidah memerlukan sangat2 seorang sahabat. mungkin kerana syidah anak tunggal perempuan dalam keluarga. so, syidah mahu ada seseorang yang faham segala isi hati,tingkah laku dan sebagainya. bukan  x boleh berkongsi cerita dengan abang2 ni, tapi diorg x memahami apa yang syidah rasa. diorg x faham WANITA ni macam mana..sekiranya syidah ada kakak mcm kawan2 lain mesti best..huhu..apa kan daya..Tapi ada hikmah sebalik semua ni, Allah x bagi syidah kakak tapi Allah bagi syidah seorang sahabat yang betul2 mcm seorang kakak..Beliau sangat special!! Syidah bersyukur kerana sepanjang perpindahan zaman persekolahan syidah dapat apa yang syidah cari..iaitu SAHABAT..nak kenal??? jom syidah kenalkan~~
Zalihah Bt Jambul

Haa...ni la orangnya! the sweet name is LEHA..dia anak bongsu dari 6 orang adik beradik & anak tunggal perempuan dalam keluarga.(sama macam syidah..hehe). nampak kan?Allah temukan kami,kerana hati kami mempunyai bicara yang lebih kurang sama..kami x kakak...so,kami saling memahami. Leha seorang yang tabah..(x mcm syidah,Cengeng!) Bapa Leha sudah meninggal dunia ketika leha umur 14/ 15 tahun..(xsure). leha tinggal bersama ibunya..ibu leha pula seorang yang kurang upaya, ibu leha xdapat melihat normal..tapi kerana ibunya leha menjadi seorang yang tabah, cekal & sanggup lakukan pengorbanan demi ibunya. Leha seorang yang ceria, baik hati, pemurah, peramah & mcm2 la..orang akan selesa bila bersama leha. Cikgu2 sekolah pun sayang kat Leha. Satu yang akan selalu syidah rindui pada Leha ni adalah SUARA nya!!hahaha.. mak dgn abah pun kenal sangat dengan suara dia ni..opss! lupa..Leha seorang penuntut di UMS dalam bidang Pendidikan (Fizik,Biologi). dia habis tahun depan & praktikal di SMK Weston, Beaufort..(bekas sekolahnya..) bestkan Leha..tapi dugaan Leha sebelum2 ni amat2 mencabar.. Hanya Allah sahaja yg memahami isi hatinya,sakit peritnya. tetapi Berkat Doa Seorang IBU, Leha menajdi seorang yang berjaya. Syidah Cemburu dengan Leha..(cemburu positif K....)......Inilah seba sedikit Biodata LEHA.... :)

@_@ Perkenalan syidah dengan Leha bermula semasa Syidah pindah sekolah di SMK Weston. time tu form 4..hehe..(bdn kecik mcm form 1). syidah stay hostel. "paling Best" syidah kena pula kawan2 yang x seberapa nak OK..almaklum la,syidah bekas student Islamik school..ahhahah..ala2 Ustajah gitu... then, warden pula bekas cikgu abg dulu. dipendekkan cerita, cikgu tu panggil syidah & bagi nasihat sal kawan2 syidah..cun2 cikgu tu boleh kata "syidah, saya mahu kamu berkawan dengan Zalihah"..syidah pun pening2.. "mana saya kenal sapa Zalihah.." 2 3 hari kemudian ada student masuk hostel bernama Zalihah..sebelum tu syidah ada kawan bernama Azeana@Jana..dia ni la kenalkan syidah dengan Zalihah ni..sebab diorg 1 kampung...dialah orangnya!! Cikgu pun senyum lebar je tengok kami time tu bertiga jalan bersama pegi makan,pergi sekolah,pergi mandi pun sama2!ahhaha...terlalu banyak kenangan kami..

>>>selapas kami habis sekolah SPM,kami mcm jarang sangat contect..sedih kan??sebab syidah pun masuk form 6 di SMK Beaufort..(pindah lagi???..ahhah..hebat kan?). x sanggup da mahu stay lama2 d SMKW tu sebab x kawan.huhu. biasalah kalau sekolah baru mesti kita jumpa kawan baru..dipendekkan cerita syidah ada kawan bernama HaziQah..dia ni pun ok juga..so,kemesraan syidah pada leha berpindah pada haziqah. inagt2 lupa utk contect sebab masing2 buzy. jahatkan syidah Leha???x layak kawan dengan Leha...Bila syidah ada masalah syidah akan refer pada haziqah..hasilnya?settle,tenang juga..coz haziq seorang yang baik & still kebudak-budakkan..


~~~~~Sampai syidah masuk UNISEL,syidah bertemu dengan seorang lagi insan yang baik..keperluan syidah pada leha semakin kabur..tingTongtingTong,sampai 1 tahap..syidah menghadapi masalah yang rumit sangat. syidah ke kiri x settle, ke kanan x settle..so, baru syidah terfikir Leha..betapa kejamnya syidah leha... :(   di sini baru syidah dapat menilai erti sebuah persahabatan. sebenarnya, leha sentiasa ada bila syidah dalam apa jua keadaan. syidah minta maaf leha...namun, Syidah bersyukur kerana Allah temukan syidah dengan pelbagai jenis sahabat..tapi, sahabat yang syidah betul2 cari adalah ZALIHAH...Allah dah catatkan persahabatan kita..segala ujian da syidah lalui..sekarang syidah baru nampak..Ya Allah, Ampuni HambaMU ini...apa jua yang terjadi, ingatan syidah pada Leha xkan luput..hanya Allah yang boleh pisahkan kami..di hati kami tetap SAHABAT..baru syidah faham apa itu SAHABAT..

pertemuan di bulan puasa 2012..sweet memori..

gambar di atas adalah pertemuan yang sangat bermakna pada syidah walaupun sekejap..berkat Ramadhan,kami bertemu di tempat pertemuan kali pertama iaitu SMKW..ahhaha..leha, pic kita ni sentiasa ada dalam desktop laptop syidah taw! rindu ko selalu~~~~~~

sekian sahaja Cerita Kami....hehe..


Posted by Unknown at 00:43 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 9 September 2012

Hadiah Ulang Tahun ke 22.."untuk dia..Hey!!"


SELAMAT ULANG TAHUN KE 22..SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI HIDUPMU,DAN DI MURAHKAN REZEKI SERTA DIPANJANGKAN UMUR..AMIN~~

saya memohon maaf kerana hanya ini yang mampu saya berikan pada ulang tahun kamu..semoga ianya memberi manfaat di hari2 kamu...tapi kamu x tahu tentang hadiah ni..melainkan kamu tgk blog ni...hehe..special taw hadiah ni bagi saya..Tanda Persahabatan kita....semoga persahabatan kita diberkati Allah...ingat,doa selalu untuk mendapatkan yg terbaik..solat malam jgn lupa...Solat Wajib jgn diabaikan...cuma saya ingin kamu tahu saya xkan lupakan persahabatan kita selagi nadi berdenyut..(waahh..ayat!)ahhaha..saya harap persahabatan kita memberi makna yg cukup utk dijadikan kenangan..juga diakhiri dengan Senyuman~~~(senyuman yg xpasti maksudnya..)



p/s Teringin tengok kamu pakai....harap suatu hari nanti dapat tengok...huhu..jangan sia2kan k?
....Errmm,mcm la dia baca blog ni..(sadis!)

SEKIAN............   :)


Posted by Unknown at 00:34 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PSSCM's Dinner 2011~~~Best Friends

As'salam..Cun kan gadis2 Melayu di atas?haa..kalau nak tahu mereka semua ni adalah Ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM). Time ni adalah program kami ke Majlis Makan Malam di Rawang. Best juga,bukan selalu dapat keluar Dinner bersama ahli2 dari tempat lain. dari IPT2 lain pun ada. Alhamdulillah kami dikumpulkan dengan niat mengeratkan lagi ukhwah sesama ahli..program ni pada tahun lepas.saya baru update tahun 2012 sebab nak simpan kenangan2 bersama ahli. ohh ya..kami semua dari Kursus yang sama di IPT UNISEL iaitu Diploma Pendidikan Pengajian Prasekolah..tapi tahun tak sama..apa pun kami tetap BERSATU...(Slogan PSSCM tuuu...)

*****WARKAH PENDEK UNTUK KAMU*****

Ok Lah..Kali ni saya nak kongsikan dan kenalkan sahabat2 saya yang banyak membantu saya susah senang di Kampus UNISEL ni..haaa..ni lah mereka!
Dari Kiri...Along@Syafiqah, Saya la tu..hehe, Wati & Eiqa..mereka2 ni adalah HouseMate saya..Riang Ria bersama..tapi mereka ni beza 1 sem je pun dengan saya..sedih juga sebab nanti mereka2 ni akan praktikal dengan erti kata lain "meninggalkan daku seorang"..lagi2 Along tu,dah la dia Partner kat kelas latihan..Lepas ni nak latih camne Long??huhu..kite sedih tau...Wati pula, siapa mau buli2 saya lagi,siapa yg mau gaduh2 dengan saya lagi, siapa mau jadi teman "Mak Enon" saya setiap Petang depan ruang Tamu tu...Eiqa Pula,sape nak jadi kawan kite nak Gelak2,citer2 kat meja makan tu lagi...xde dah syidah nak tgk org gelak muka merah..ahahah..xpe la, semua ni demi kejayaan masing2..sudah lumrah dunia "Pertemuan Pasti diakhiri dengan Perpisahan.."kita kena terima kenyataan..saya la terutamanya..hoho..apa pun syidah harap semua xkan lupakan syidah atau sesama kita kelak..apa pun terjadi kamu tetap dalam ingatan..Touching2 pula dahh~~LOVE YOU ALL~~

PEEEWIITT!!ok.comel kan???hehe..mereka di atas ni adalah Cik Raudah dan Puan Aisyah...haa??Puan??relax2...Aiysah baru je melangsungkan perkahwinannya pada 16/8/2012 (klu xsilap)..mereka ni 1 batch dengan saya..mereka ni juga adalah sebahagian dari kenangan saya nanti bila dah masing2 habis belajar. mereka baik sangat,memahami..nampak matang bila bersama mereka..kepaoh2nye Cik raudah kite ni walaupun nampak kecik...Cik Raudah asal Pahang, Puan Aisyah kite ni asal Kedah...huhu..dah berkali kata nak pergi Kedah tapi sampainya xtau bila ye...hehe...mereka ni antara golongan2 insan yang bijak juga...buat kerja xpernah xsiap...kalau cite sal assignment mesti kata "Siap!"..haaaa..hebatkan 2x?? pasal masak jangan berani nak lawan2...Cik Raudah ni pasti boleh Masuk MasterChef junior!ahhahaha..syidah nak minta maaf kat korang kalau syidah banyak buat silap,kecik hati korang,menyusahkan korang..syidah bukan jenis "dah xde kwn baru cari kami"...bukan,syidah sentiasa ingat korang..cuma rumah kita kan lain2..so,kalau nak jalan sama tu memang agak susah sikit..tapi syidah SAYANG korang...nanti bila kita dah habis belajar syidah mesti ingat bihun goreng,agar2,bawang yg banyak,sent2 movie...huhu...kadang2 kita pun Ber"Mak Enon" jugak kan???hehehe....apa pun bila kita dah pisah nanti kita jgn lupa antara 1 sama lain k..buat Aisyah,datang Sabah turun KK la....hehhe..I MISS U ALL...


**diorang ni Nakal~~~WANTED!! hoho

sekian........






Posted by Unknown at 00:12 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 30 July 2012

My HouseMate & ICT Shah Alam

As'salam...salam Ramadhan Al-Mubarak semua...hari ni saya nak sangat berkongsi cerita tentang HouseMate saya yang saya sayang sangat2..diorg sentiasa baik,ambil berat dalam semua hal...gelak ketawa semua bersama..walaupun ada banyak kekurangan dalam diri masing-masing namun kami tak ambil kisah sebab itu semua kelemahan diri yang mungkin menjadi pengajaran masing2..setiap orang tu kan tak sempurna. Ni la Mereka......


Dari kiri ialah bridget, wati, along(syafiqah) & Gg...time ni kami kat ICT Shah Alam..seronok tengok lampu2 yan warna-warni di setiap pokok..ni juga pertama kali saya outing dengan kawan selama saya di UNISEL..hahaa..hebat! Bridget seorang rakan @ sahabat yang cukup baik..kalau dia ni Muslim dah lama ramai peminat..Non-Muslim pun ramai peminat..dia baik dari segala aspek..dia x kedekut,dia seorang yang penyayang,bijak,jujur dan rajin. tapi dia penakut KUCING!!hahaha..kesian my dear~~Wati pula seorang yang kelakar@melatah..dia ni selalu je buli@usik saya..tapi dialah sahabat saya yg faham saya..walaupun kadang2 saya geram dengan gelagat dia ni..tapi dia tetap comel..saya harap impian dia utk Slim akan tercapai..heheh..seterusnya pula adalah Along..dia ni seorang yang senyap je..baik pula tu..tapi kebaikkannya dia salah gunakan org.kesian dia ni,baik xbertempat. dia penyayang,kuat bekerja dan berfikiran matang. lastly Gg..dia ni bdk bijak gak..dia paling muda antara kami..hobi dia Shooping!ahhaha..KL ni dia punya..selok belok Kl dia tau..pelik saya..dia ni boleh kata P.A saya Sulit saya dalam K12G1..ahahhaa..dia selalu bantu saya dalam segala hal berkaitan kelas..apa pun kami tetap saling menyayangi....saya sangat rindukan "Family" ni...
itulah saya bersama mereka..geng Sabahan kecuali Along..tapi along dah mcm sabahan jugak!ahhaha..I'm so very happy on this time with them...Miss you Alls~~~wassalam.....


Posted by Unknown at 07:21 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 29 July 2012

Novel Ilmu......

ass'salam...semua..saya dah lama tidak update blog saya ni..biasa la permulaan blog..saya masih belajar dalam menggunakannya..sekiranya anda ingin membantu dan sudi berkongsi ilmu dengan saya,saya sangat berbesar hari..baiklah,saya sebenarnya ingin berkongsi cerita tentang sebuah novel yang sangat saya kagum dengan penulisnya..sungguh menarik minat saya dengan tajuk buku tersebut "Aku Terima Nikahnya". waahh! suspen!!! first,saya ingatkan buku tentang kawin2..rupanya ilmu yang berkaitan tentang duniawi dan akhirat, jiwa muda,anak2 muda dan alam perkahwinan pun ada...yang saya tertarik sangat adalah perkongsian pengalam hidup Penulisnya iaitu Ustaz Hasrizal abd Jamil..bab Bercinta selepas  Kahwin..sungguh!



Inilah dia!!!! muka depan pun cantik kan??buku ni banya mengajar kita tentang hidup..masa depan dan boleh menjadikan kita matang. ada juga ilmu tentang kanak-kanak.so,sesuai sangat la dengan saya yang ambil kos kanak-kanak ni.

HADIAH SESEORANG~~~~

novel ni adalah hadiah dari seseorang akhi untuk saya sempena ulang tahun saya ke-22.. so sweet! ahhaha...apa pun saya terkejut semasa membuka hadiah ni...apa maksud semua ni???tapi saya hanya berfikiran yang ini adalah ilmu...so,thanks ya...tuuuutt..hehe...

Kepada anda,sekiranya belum ada buku ni silalah beli..x rugi taw...ok..that all..syukran....see u again! wassalam...

Posted by Unknown at 06:16 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 10 June 2012

Kenali Diri....

Nama diberi Noor Rashyidah Bt Hj. Rajimin. Nama Manj??haa..."biarLah Rahsia"..huhu..gurau je..boleh panggil syidah.."Taman Rasyidah Utama" p0n Boleehhh...hehee..saya asal Negeri bawah bayu..adik beradik ada 4orang, saya last sekali pompuan..hebat kan??mesti orang akan label saya ni "anak manja" tak pun "anak kesayangan"..hurrmm, apa-apa lah semua k..saya tak kisah pun. yang penting saya ni akank kampung...saya bersekolah dulu suka pindah2..start form 1-3 saya sekolah d SMAIP(sekolah agama Islam Papar)..seterusnya saya form 4-5 saya sekolah d SMK Weston..then saya berakhir d SMK Beaufort ketika form 6. hebat sangat.terlalu banyak pengalaman yang saya pelajari. dulu saya sangat tidak diberi kepercayaan. saya juga hanya tahu bergantung harap dengan abang2 saya. oppss!! saya lupa nak gtau umur saya..8March1990....hehe..saya sangat sayang/manja dengan mak abah..biarlah kredit phone saya habis kerana call diorg..terlalu rindu setiap hari. dengan abg2 saya pula memang kami rapat. tapi bila dah besar ni kurang la..saya suka berkawan. start saya bersekolah lagi.cuma saya ni pemalu. saya ramai kawan rapat.tapi kawan rapat yang sama2 seolah rendah dulu dah lupakan saya sebab diorg ada lagi yang lebih "rapat". maklumlah dunia sekarang. semenjak saya di Unisel saya ramai lagi kawan rapat. tambahan pula saya masuk PSSCM( persatuan seni silat cekak malaysia). saya ahli silat. terlalu banyak benda yang mengajar saya dalam persatuan ni. dari saya ni penakut sampai jadi berani. pemalu tu sikit2 dah berkurang. saya sayang persatuan saya!!!! saya juga ada ramai kawan semenanjung,sabah dan sarawak..saya tiada musuh.tak tahu pula kalau2 ada sesiapa yang menganggap saya ni musuh diorg. saya di Unisel ni ambil Program Pendidikan (Pra sekolah). mcm senang kan???tapi,Allah je lah yang tahu benda ni cabarannya macam mana.tapi saya seronok sebab bersama kanak-kanak. dosa saya juga akan kurang bila dengan kanak2 berbanding orang dewasa sebab asyik mengumpat/mengutuk je..kadang2 saya x tahan tapi kerana kawan hasut2 saya pun mendengar la juga..tapi saya mula insaf.saya akan timbulkan segala kebaikan seseorang tu walaupun kawan kata yang buruk tentang orang tu. saya akan Konvo pada tahun 2013. harap2 saya sempat untuk capai cita2 saya walaupun sekelumit. hurrmm...saya rasa saya tiada benda lagi nak katakan di sini.. setakat ini sahaja bingkisan diri.(sebenarnya banyak lagi....heheh) ok...
oppss!!lupa..kat atas ni lah family saya.. dah ada yang berkeluarga..nama my sis-in-low aishah...nama anak buah saya pula najihah..hurrmm..kembar saya time kecik!tapi perangai tidak!!!hahahahhahaa(ketawa jahat) yang baju hitam tu Fazil..yang polis tu Hussaini.ok...saya cinta family saya!!!ok...ahlan wasahlan...kita jumpa di lain cerita K! 

Posted by Unknown at 07:33 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Blogger Layouts

Blog Archive

  • ▼  2012 (8)
    • ▼  December (1)
      • ~Terima Kasih Ku Ucapkan~
    • ►  November (1)
      • Education Night 2012~~Sem 6
    • ►  September (3)
      • ~~~Sahabat Sejati,Setia Selamanya~~~
      • Hadiah Ulang Tahun ke 22.."untuk dia..Hey!!"
      • PSSCM's Dinner 2011~~~Best Friends
    • ►  July (2)
      • My HouseMate & ICT Shah Alam
      • Novel Ilmu......
    • ►  June (1)
      • Kenali Diri....

~~Permata Hati Kami~~

~~Permata Hati Kami~~

~~Abang2 Tersayang~~

~~Abang2 Tersayang~~

About Me

Unknown
View my complete profile

~~Ikan-Ikan Saya Lapar..Tolong Beri Sedikit Makanan.. :)

~~Rajani LOVE Noraisah~~

~~Rajani LOVE Noraisah~~

~~My Niece~~

~~My Niece~~

Cuteki cards birthday
Powered by Blogger.